PBT

Hampir 1,500 sertai Shah Alam hari tanpa kenderaan sempena Aidilfitri

24 Mei 2022, 3:56 AM
Hampir 1,500 sertai Shah Alam hari tanpa kenderaan sempena Aidilfitri
Hampir 1,500 sertai Shah Alam hari tanpa kenderaan sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 24 MEI: Hampir 1,500 pengunjung memeriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 22 Mei lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad berkata pelbagai aktiviti menarik antaranya membawa juadah sendiri berkonsepkan 'piknik dan potluck' untuk program diadakan di Dataran Kemerdekaan di sini.

"Program ini turut dimeriahkan dengan penglibatan lebih 500 kumpulan basikal lipat yang membuat kayuhan secara santai sambil mengenakan pakaian raya.

"Selain itu, aktiviti menarik lain antaranya acara larian dan berjalan santai, senamrobik, zumba, persembahan buskers serta cabutan bertuah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_522557" align="aligncenter" width="550"] Pengunjung terlibat dalam aktiviti berbasikal dalam program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 22 Mei 2022. Foto MBSA[/caption]

Menurut Shahrin, bagi menceriakan golongan kanak-kanak MBSA turut mengadakan aktiviti seperti persembahan badut, lukisan muka, belon udara, karikatur, seni pasir dan potret keluarga.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis antaranya Datuk Hail Amir, Rohana Jalil, Razis Ismail dan kombo muzikal MBSA.

Turut disediakan perkhidmatan kepada orang ramai seperti pengoperasian pejabat bergerak Shah Alam On Wheels, perpustakaan bergerak dan pameran oleh Skuad Pantas MBSA.

Majlis tersebut disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam Dato' Zamani Mansor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619