AGENDA

Polis tahan lelaki miliki dadah, air ketum

22 Mei 2022, 12:41 AM
Polis tahan lelaki miliki dadah, air ketum

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan air ketum di perkarangan Dewan Beringin, Taman Sri Gombak di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata ketika tangkapan, polis telah merampas dua biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5, sebotol dan lima bungkusan plastik lut sinar disyaki air ketum.

Zainal Mohamed berkata pada 9.55 pagi, IPD Gombak telah mengesan satu hantaran status di laman sosial menyatakan “Malam tadi (semalam) salah seorang staff Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia diberkas bersama empat beg ketum yang disimpan di dalam pejabat”.

“Hasil siasatan mendapati suspek bukan salah seorang petugas di Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia. Rampasan dibuat dalam sebuah khemah di perkarangan Dewan Beringin dan bukan di dalam Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia seperti yang dinyatakan dalam status yang tular itu.

“Dewan Beringin, Taman Sri Gombak merupakan dewan serbaguna yang digunakan oleh masyarakat Taman Sri Gombak serta kawasan sekitarnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Zainal Mohamed berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619