AGENDA

Selangor sedia RM26.5 juta bantu sekolah naik taraf kemudahan

20 Mei 2022, 9:30 AM
Selangor sedia RM26.5 juta bantu sekolah naik taraf kemudahan

SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan Selangor memperuntuk sejumlah RM26.5 juta kepada sekolah rendah dan menengah di negeri ini untuk menambah baik infrastruktur.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sumbangan dikhususkan buat sekolah yang tidak menerima bantuan penuh daripada kerajaan persekutuan.

"Dalam lawatan ke beberapa sekolah sebelum ini, saya melihat sekolah yang mendapat bantuan penuh turut memerlukan sokongan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang baik," katanya.

Beliau ditemui pada Program Sambutan Hari Guru 2022 dan pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Amirudin berkata bantuan diperluas kepada sekolah tersebut berikutan pihaknya menerima banyak permohonan untuk menampung keperluan penambahbaikan.

"Jumlah peruntukan tidak begitu besar antara RM1 juta hingga RM2 juta, namun boleh menampung keperluan mereka. Jika tidak dapat infrastruktur sepenuhnya, dapat menampung peralatan kecil atau program," katanya lagi.

Pada Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri mengagihkan RM24 juta untuk membantu 637 sekolah di Selangor menaik taraf kemudahan mereka.

Sebanyak RM9.3 juta diberikan kepada sekolah rendah agama, RM9 juta untuk sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan RM4.5 juta bagi SJK Tamil.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619