AGENDA

MB hadir sambutan Hari Guru, lancar program tuisyen percuma

20 Mei 2022, 7:34 AM
MB hadir sambutan Hari Guru, lancar program tuisyen percuma

SHAH ALAM, 20 MEI: Dato' Menteri Besar menghadiri sambutan Hari Guru 2022 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Dato' Seri Amirudin Shari turut melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi membantu pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Rohayati Abd Hamed dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Amirudin ketika berucap meluahkan kesyukuran kerana buat julung kali sambutan Hari Guru dirai bersama pelancaran PTRS.

"Program ini manifestasi kepada kerjasama yang erat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor khususnya dalam melaksanakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri iaitu PTRS.

"Peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu kepada murid, malah memastikan mereka mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semulajadi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619