AGENDA

Permohonan insentif haji dibuka 23 Mei, sasar 3,000 jemaah terima manfaat

19 Mei 2022, 9:28 AM
Permohonan insentif haji dibuka 23 Mei, sasar 3,000 jemaah terima manfaat

SHAH ALAM, 19 MEI: Insentif Haji Muassasah Selangor yang tertangguh dua tahun akibat Covid-19 diteruskan semula tahun ini menerusi peruntukan sebanyak RM1.5 juta, kata Dato' Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menerusi inisiatif itu, seramai 3,000 jemaah menerima wang tunai RM500 serta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losen, pelembap bibir, tuala muka dan tisu basah.

“Permohonan dibuka tiga bulan bermula Isnin ini (23 Mei) hingga 31 Ogos menerusi Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.

“Bakal jemaah yang mahu memohon hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji yang lengkap dengan maklumat penerbangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amirudin berkata inisiatif akan diuruskan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Semoga inisiatif ini meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu-tetamu Allah yang terpilih,” katanya.

Pada 2019, Kerajaan Selangor membelanjakan RM3.4 juta bagi menjayakan insentif itu melibatkan 7,000 jemaah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619