EXCO

Kerajaan Negeri larang syarikat proses sisa plastik di Sepang terus operasi

19 Mei 2022, 8:30 AM
Kerajaan Negeri larang syarikat proses sisa plastik di Sepang terus operasi

SHAH ALAM, 19 MEI: Kerajaan Negeri menolak permohonan lesen sementara dan penyambungan bekalan elektrik sebuah syarikat yang menjalankan operasi memproses sisa plastik kitar semula di Sepang.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira aduan penduduk dan kesan sisa plastik kepada ekosistem serta kesejahteraan masyarakat negeri ini.

"Pelaksanaan larangan itu susulan daripada isu pencemaran yang kerap berlaku dan aduan lambakan sisa plastik akibat daripada pengurusan sisanya yang tidak diurus dengan baik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Loy Sian berkata, peningkatan import sisa plastik ke Malaysia oleh kilang dan premis tanpa had juga merupakan punca utama berlakunya pencemaran.

"Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk menangani isu ini dengan menggunakan pendekatan serta perspektif nasional dan seterusnya beralih kepada kaedah, konsep serta material yang lebih mesra alam.

"Ini akan memastikan industri masih terus berkembang dengan mengadaptasi konsep teknologi hijau dan pada masa yang sama melestarikan alam sekitar,"katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619