AGENDA

FDA lulus dos penggalak Pfizer kepada kanak-kanak bawah 12 tahun

18 Mei 2022, 8:15 AM
FDA lulus dos penggalak Pfizer kepada kanak-kanak bawah 12 tahun

LOS ANGELES, 18 MEI: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Selasa meluluskan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya lima bulan selepas lengkap suntikan vaksin utama.

Pada 3 Jan, FDA meluluskan penggunaan satu dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun selepas lengkap dua dos vaksin.

"Meskipun jangkitan Covid-19 dilihat kurang menjejaskan kanak-kanak berbanding orang dewasa, gelombang Omicron menyaksikan lebih ramai kanak-kanak sakit dan dimasukkan ke hospital, serta golongan ini kemungkinan mengalami kesan dalam jangka panjang, walaupun pada mulanya hanya bergejala ringan," kata Pesuruhjaya FDA Robert Califf dalam satu kenyataan.

"FDA membenarkan penggunaan dos penggalak tunggal vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun bagi memberi perlindungan berterusan terhadap Covid-19," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619