AGENDA

Lima lelaki ditahan bakar mercun tepi plaza tol Setia Alam

17 Mei 2022, 2:00 PM
Lima lelaki ditahan bakar mercun tepi plaza tol Setia Alam

SHAH ALAM, 17 MEI: Polis hari ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan dalam kejadian membakar mercun di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua individu tersebut berusia dalam lingkungan 30 dan 42 tahun, ditahan bagi membantu siasatan selepas tular satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial TikTok.

Katanya siasatan awal mendapati kejadian yang tular itu berlaku pada 14 Mei lepas sekitar jam 8 malam.

“Pada 16 Mei jam kira-kira 12 tengah hari, pengadu yang merupakan Ketua Polis Balai Setia Alam menyedari terdapat satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di laman sosial yang telah dimuat naik oleh pemilik @Yogen212.

“Video itu menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam, bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan yang dikenali dengan nama panggilan ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619