AGENSI

UPM tanam 100 pokok `Gutta Percha', simbolik pokok warisan negara

17 Mei 2022, 8:42 AM
UPM tanam 100 pokok `Gutta Percha', simbolik pokok warisan negara
UPM tanam 100 pokok `Gutta Percha', simbolik pokok warisan negara

SHAH ALAM, 17 MEI: Universiti Putra Malaysia (UPM) menanam 100 anak pokok Gutta Percha sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022 di Bukit Ekspo, Pusat Pertanian Putra (PPP), Serdang hari ini.

Timbalan pengarah PPP berkata tanaman tropika itu ditanam 26 sukarelawan terdiri pelajar institusi berkenaan bagi meningkatkan kesedaran berhubung sejarah telekomunikasi negara selain menjadi pokok warisan di negara ini.

"Menariknya pokok Gutta Percha ini telah digunakan sebagai bahan penebat untuk kabel dasar laut pertama di dunia yang boleh didapati daripada pokok ini," kata Prof Madya Dr Mohd Hezmee Mohd Noor dalam kenyataan.

Menurutnya, penanaman dilakukan serentak di 23 lokasi terpilih dalam negara membabitkan 5,017 anak pokok sekali gus menyokong kempen penanaman 100 juta pokok oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menjelang 2025.

"Program penanaman pokok Gutta Percha terbanyak ini merupakan  anjuran Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)," katanya.

[caption id="attachment_521542" align="aligncenter" width="500"] Sukarelawan menanam anak pokok Gutta Percha sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022 di Bukit Ekspo, Pusat Pertanian Putra Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Seri Kembangan pada 17 Mei 2022. Foto Facebook UPM[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619