AGENDA

Amirudin hargai sokongan undi ahli parti, tidak nafi kekuatan calon lain

17 Mei 2022, 5:27 AM
Amirudin hargai sokongan undi ahli parti, tidak nafi kekuatan calon lain

SHAH ALAM, 17 MEI: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor menghargai sokongan undi terhadapnya dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Dato' Seri Amirudin Shari yang bertanding jawatan naib presiden berkata maklum balas diterima memberangsangkan meskipun proses pengundian masih di peringkat awal, lapor Sinar Harian.

"Pertemuan saya bersama anggota sangat menyakinkan dan sokongan undi ke atas saya akan dilakukan, namun kita tidak menafikan kekuatan dan kemampuan rakan-rakan lain yang bertanding jawatan sama.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk memilih," katanya yang juga Dato' Menteri Besar pada pada Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor Peringkat Gombak di Taman Melawati semalam.

Amirudin antara 18 calon naib presiden termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Wanita Fuziah Salleh dan Ketua Setiausaha Pengelola Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengundian parti bermula di Kelantan dan Terengganu pada 12 Mei diikuti Pahang dan Wilayah Persekutuan (13 Mei) sementara Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan (16 Mei).

Pemilihan di Selangor pula dijadual pada 21 Mei diikuti Perak, Sabah dan Sarawak keesokannya.

Undian dalam talian dijalankan antara 18 hingga 20 Mei melalui aplikasi Adil manakala pengundian dalam talian bagi ahli di luar negara pada 17 Mei.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619