AGENDA

Pecah rekod kebangsaan, atlet lempar cakera wanita menang perak di Hanoi

16 Mei 2022, 10:45 AM
Pecah rekod kebangsaan, atlet lempar cakera wanita menang perak di Hanoi

HANOI, 16 MEI: Atlet lempar cakera kebangsaan, Queenie Ting Kung Ni menampilkan satu lagi aksi bertenaga untuk meraih pingat perak Sukan SEA dengan mencatatkan rekod kebangsaan yang baharu, hari ini.

Atlet berusia 24 tahun berasal dari Sarawak itu, melakukan lemparan sejauh 52.36m di Stadium Nasional My Dinh di sini untuk memperbaiki rekod kebangsaan miliknya itu.

Rekod terdahulu Queenie Ting adalah catatan 50.67m pada Malaysian Track & Field Trials di Stadium MSN Bukit Jalil, apabila beliau menjadi atlet lempar cakera wanita pertama Malaysia untuk mencapai catatan 50m ke atas.

Kejayaan pingat perak itu juga membantu beliau memperbaiki pencapaian di Sukan SEA selepas meraih pingat gangsa pada debutnya di edisi Filipina 2019.

Olimpian Thailand Subenrat Insaeng, yang juga pemegang rekod Sukan SEA dengan catatan 60.33m, mempertahankan pingat emas dengan catatan 53.09m pada lemparan terakhir untuk mengatasi Queenie Ting.

Seorang lagi atlet Malaysia, Choo Kang Ni menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 46.57m.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619