AGENDA

Kempen Kita Semua KEADILAN dapat sambutan ahli parti

15 Mei 2022, 1:48 PM
Kempen Kita Semua KEADILAN dapat sambutan ahli parti

HULU SELANGOR, 15 MEI: Jelajah Kita Semua KEADILAN mendapat sambutan baik dari kalangan ahli, kata pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Dato' Menteri Besar menjelaskan penerimaan ahli di setiap lokasi membabitkan 22 kawasan parlimen sangat memberangsangkan.

“Saya dapat lihat kecenderungan dan semangat baharu kalangan anggota dalam berdepan pilihan raya akan datang. Mobilisasi kempen ini dapat sokongan kuat.

“Alhamdulilah kita mendapat maklum balas, respon baik dari masyarakat terutama anggota parti,” katanya pada sidang di Antara Gapi di sini petang tadi.

Beliau berkata kempen dijalankan dengan menyampaikan maklumat perancangan untuk kepentingan parti dan negara tanpa menyerang peribadi mana-mana pihak lawan.

“Saya rasa ini suasana kempen yang sangat harmoni yang melihat kesuburan yang tinggi dan membuktikan keharmonian serta demokrasi dalam KEADILAN,” katanya.

Amirudin antara 18 calon naib presiden termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Wanita Fuziah Salleh dan Ketua Setiausaha Pengelola Nik Nazmi Nik Ahmad.

Jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli.

Ketua Wanita Selangor Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Negara Fadhlina Sidek pula merebut kerusi ketua wanita. Jawatan ketua AMK menyaksikan pertembungan dua bekas aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan Fahmi Faizol.

Dalam Pemilihan KEADILAN 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai presiden untuk bagi tempoh 2022 hingga 2025 apabila menang tanpa bertanding.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619