AGENDA

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

15 Mei 2022, 2:44 AM
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

KUALA LUMPUR, 15 MEI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha,” titah baginda.

Perayaan Hari Wesak disambut hari ini.

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619