AGENDA

MB rasmi sambutan Hari Wesak peringkat negeri di Kuala Langat

14 Mei 2022, 5:31 AM
MB rasmi sambutan Hari Wesak peringkat negeri di Kuala Langat

KUALA LANGAT, 14 MEI: Dato’ Menteri Besar merasmikan sambutan Hari Wesak peringkat negeri di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen, Jalan Sungai Buaya Jenjarom di sini hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau berasa gembira perayaan Hari Wesak dapat disambut khususnya bagi penganut Buddha.

“Saya berbangga dengan inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengusahakan sambutan Hari Wesak kali ke-10 sebagai penghormatan kepada penduduk Selangor,” katanya ketika berucap.

Turut hadir EXCO Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Dato’ Teng Chang Khim, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han dan EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian.

Antara program sambutan Hari Wesak yang berlangsung selama dua hari sehingga esok ialah forum menghayati seni Gandhara, konsert Hari Wesak, majlis doa untuk kebaikan bayi, pertandingan masakan vegetarian, pertandingan nyanyian lagu Buddha dan pertandingan bercerita kanak-kanak.

Sambutan Hari Wesak pada kali ini mendapat kerjasama Fo Guang Shan Dong Zen dan Buddha’s Light International Association Malaysia (BLIA) serta disokong sepenuhnya oleh Malaysia Buddhist Consultative Council (MBCC).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619