AGENDA

MetMalaysia: Guna air secara berhemah, elak pembakaran terbuka bagi bendung jerebu

14 Mei 2022, 3:31 AM
MetMalaysia: Guna air secara berhemah, elak pembakaran terbuka bagi bendung jerebu
MetMalaysia: Guna air secara berhemah, elak pembakaran terbuka bagi bendung jerebu

SHAH ALAM, 14 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meminta orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengurangkan kesan berlakunya jerebu dan pencemaran alam sekitar.

Menurut MetMalaysia ia berikutan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding bilangan hari hujan di kebanyakan tempat sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.

"Fenomena jerebu boleh berlaku jika pembakaran terbuka tidak terkawal. Oleh itu orang ramai diminta sentiasa peka dengan maklumat cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu MetMalaysia mengumumkan Monsun Barat Daya dijangka bermula hari ini dan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini

Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa tempoh ini fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya sepanjang Ogos hingga Oktober.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini.

Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial dan hubungi hotline Jabatan Meteorologi Malaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619