AGENDA

Polis tangkap lelaki disyaki terlibat sindiket jual beli minyak sawit keladak

13 Mei 2022, 11:43 PM
Polis tangkap lelaki disyaki terlibat sindiket jual beli minyak sawit keladak

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak (minyak masak terpakai), yang melanggar syarat permit yang ditetapkan dalam serbuan di Sungai Buloh pada Khamis.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata lelaki berusia 34 tahun itu, ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dan disiasat di bawah Peraturan 5 (1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 1998.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 300 tan minyak masak terpakai yang dibeli daripada pengusaha restoran dan kedai makan sekitar Lembah Klang, dianggarkan bernilai RM1.5 juta turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazani berkata dengan kejayaan operasi itu, JKDNKA bersama MPOB telah mengenal pasti modus operandi serta implikasi terhadap industri minyak sawit negara, di mana kawalan dan pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan melalui operasi bersama.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619