AGENDA

Saringan kesihatan percuma manfaat 39,000 penduduk, daftar mulai 16 Mei

13 Mei 2022, 8:01 AM
Saringan kesihatan percuma manfaat 39,000 penduduk, daftar mulai 16 Mei
Saringan kesihatan percuma manfaat 39,000 penduduk, daftar mulai 16 Mei

SHAH ALAM, 13 MEI: Program Selangor Saring yang menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma boleh didaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) mulai 16 Mei ini.

Menurut EXCO kesihatan awam, inisiatif yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk negeri ini melibatkan penyakit tidak berjangkit iaitu jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Jelas Dr Siti Mariah Mahmud, saringan turut diberikan bagi penyakit barah termasuk kolorektal, prostat, serviks dan payu dara selain penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.

"Oleh itu, Kerajaan Negeri menyeru penduduk Selangor yang mempunyai faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan dan gaya hidup tidak sihat serta belum dikenal pasti oleh doktor mempunyai penyakit dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring," katanya dalam kenyataan.

Dr Siti Mariah berkata pemohon perlu melengkapkan borang saringan awal ketika pendaftaran bagi mengenal pasti latar belakang dan faktor risiko mereka sebelum diberikan baucar bagi khidmat tersebut.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan selangorsaring.selangkah.my, hubungi talian Selcare 1-800-22-6600 atau Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor melalui https://drsitimariah.com/talian-suka/.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk RM3.4 juta bagi membantu penduduk negeri ini menjalani rawatan penyakit dari awal sekali gus meningkatkan peluang untuk sembuh.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619