AGENDA

Anwar: Pemimpin 'sebelah sana' terpalit skandal mata wang asing RM30 bilion

12 Mei 2022, 11:52 PM
Anwar: Pemimpin 'sebelah sana' terpalit skandal mata wang asing RM30 bilion

SHAH ALAM, 13 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak keberatan jika kertas siasatan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an dibuka semula.

"Pendirian saya jelas. Kalau esok boleh bercakap dengan perdana menteri, beritahu peguam negara hendak buka kertas siasatan, saya tiada masalah," katanya dalam acara Debat Perdana dengan Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur malam tadi.

Namun, Anwar, menteri kewangan ketika kerugian bernilai RM30 bilion berlaku,

mengingatkan "bukan calang-calang" pemimpin "sebelah sana" bakal terpalit dalam skandal tersebut.

Ketua pembangkang itu menjawab soalan Najib yang mendakwa laporan polis berkaitan skandal BNM ditarik balik dan dikategori tiada siasatan lanjut ketika Pakatan Harapan memerintah negara.

Presiden Parti Keadilan Rakyat itu turut mempersoal bentuk halangan peguam negara untuk membuka mana-mana kes yang dianggap sebagai pendakwaan terpilih ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah.

"Jangan guna alasan, kata kes ditutup, ada pendakwaan terpilih. Apa yang menghalang peguam negara sekarang untuk membuka semua kes yang dianggap pendakwaan terpilih?"

Anwar menegaskan masalah rasuah di negara ini amat serius hingga membabitkan puluhan bilion ringgit sekali gus gejala itu boleh menjahanamkan negara jika tidak diatasi segera.

"Ini beza saya dengan Najib. Saya tidak mahu mana-mana kes, libatkan ahli politik menggunakan jentera untuk tutup kes atau dera orang. Saya tidak suka jentera kerajaan diperalat untuk menekan musuh politik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619