AGENSI

Pusat kemahiran negeri tawar program untuk pelajar, lepasan tahfiz

11 Mei 2022, 6:30 AM
Pusat kemahiran negeri tawar program untuk pelajar, lepasan tahfiz
Pusat kemahiran negeri tawar program untuk pelajar, lepasan tahfiz

SHAH ALAM, 11 MEI: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) menawarkan 75 tempat untuk pelajar dan lepasan tahfiz bagi mengikuti program smart tahfiz kemahiran.

Institusi kemahiran itu memaklumkan program itu ditawarkan menerusi inisiatif kemahiran teknikal dan ikhtisas smart Selangor (IKTISASS) dan ia terbuka kepada mereka dengan syarat minima tiga juzuk hafazan.

Berdasarkan maklumat dikongsi menerusi Facebook tiga kursus yang ditawarkan ialah teknologi automotif, teknologi elektrik dan sistem komputer.

"Persijilan diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan pengambilan bagi sesi Mei, Jun dan Julai 2022.

"Setiap kursus adalah terhad kepada 25 pelajar sahaja dan sesi temuduga akan dimaklumkan," katanya memaklumkan biasiswa pengajian adalah di bawah Kerajaan Negeri.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://forms.gle/cpmjv3797RS7HriU6

STDC merupakan institusi pendidikan teknikal bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.

Pada Ogos 2020 Kolej Antarabangsa INPENS bertempat di Kuala Selangor dijenamakan semula sebagai STDC bagi memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619