AGENDA

Periksa STPM 2021 semester 3, ulangan semester 2 dipinda ke tarikh baharu

11 Mei 2022, 5:19 AM
Periksa STPM 2021 semester 3, ulangan semester 2 dipinda ke tarikh baharu

PUTRAJAYA, 11 MEI: Peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 dipinda ke tarikh baharu, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 adalah 25 dan 26 Mei serta 13 hingga 15 Jun, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 adalah 16, 20, 21 dan 22 Jun.

Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 sebelum ini dijadualkan pada 18, 19, 24 dan 26 Mei, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula pada 13, 14, 15 dan 16 Jun.

Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei lepas boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel stpm@mpm.edu.my atau melalui telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619