AGENDA

Persatuan perubatan terima 36 aduan babit kes buli sejak 2017

10 Mei 2022, 11:18 AM
Persatuan perubatan terima 36 aduan babit kes buli sejak 2017

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menerima lebih 120 kes melalui talian aduannya HelpDoc dan daripada jumlah itu, 36 adalah kes buli.

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata HelpDoc yang dilancarkan pada 2017 adalah untuk memberi bantuan kepada pengamal perubatan dalam melaporkan kes buli tanpa rasa takut dicela dan menggalakkan mereka yang berada dalam bidang perubatan untuk menggunakan talian aduan itu tanpa rasa bimbang.

Ia juga menyedari hakikat bahawa kes buli mungkin tidak pernah dilaporkan kerana pengadu khuatir dikenakan hukuman selanjutnya.

“HelpDoc diwujudkan untuk doktor yang menghadapi masalah di tempat kerja dan mereka tidak perlu takut kerana sebarang laporan dibuat di luar talian dan kami akan melakukan susulan dengan doktor terbabit untuk menyelesaikan kes itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Koh mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah membuat penilaian terhadap ‘pembuli’ kerana sesuatu kejadian itu berlaku ada penyebabnya.

Beliau juga berkata sumber tekanan seperti kata-kata kasar, junior yang berulang kali melakukan kesilapan atau berpotensi menyebabkan kemudaratan kepada pesakit mungkin menjadi antara faktor penyumbang mengapa ‘buli’ berlaku.

Dr Koh mengulangi bekerja dalam bidang perubatan menghadapi banyak tekanan dan sehubungan itu, bantuan disediakan di pelbagai hospital sebagai unit khusus untuk mendapatkan khidmat kaunselor profesional dan pakar psikiatri.

“Kami juga mempunyai unit pengurusan tekanan untuk doktor yang terdapat di hospital, mempunyai kaunselor dan pakar psikiatri iaitu mereka boleh pergi dapatkan bantuan sekiranya mempunyai masalah.

“Unit-unit ini menyediakan khidmat secara berkala dengan doktor dan mereka boleh mendapatkan khidmat kaunselor sendiri jika mereka rasa tertekan,” tambahnya.

Beliau juga berkata Kementerian Kesihatan perlu meneliti semua faktor penyumbang dalam menangani isu yang dihadapi oleh doktor muda ketika menjalani housemanship dan juga kebajikan doktor dalam sistem penjagaan kesihatan awam.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619