AGENSI

Team Selangor laksana program tanam pokok bermula Jun

10 Mei 2022, 10:29 AM
Team Selangor laksana program tanam pokok bermula Jun

SHAH ALAM, 10 MEI: Team Selangor bakal memulakan program menanam pokok mulai Jun ini di beberapa daerah sebagai usaha memelihara ekosistem alam sekitar.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata untuk tujuan itu pihaknya jalin kerjasama dengan beberapa pihak antaranya jabatan perhutanan serta pihak berkuasa tempatan.

“Kita sudah kenal pasti beberapa daerah. Untuk pokok hutan kita akan tanam di Hulu Selangor dan Gombak manakala pokok bakau sekitar Kuala Selangor dan Sepang.

“Inisiatif ini merupakan tanda sokongan kepada langkah Kerajaan Negeri yang menyasarkan sejuta pokok dapat ditanam dalam tempoh lima tahun bermula 2021,” katanya kepada SelangorKini.

Syahaizel berkata aktiviti penanaman turut melibatkan pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi.

“Team Selangor memang jalin kerjasama dengan pihak universiti namun disebabkan perintah kawalan pergerakan kita terpaksa hadkan penglibatan mereka,” katanya.

Tahun lalu Team Selangor mengadakan program gotong-royong kutipan sampah di beberapa kawasan tumpuan ramai bagi menyedarkan masyarakat berhubung kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619