AGENSI

200 sukarelawan Team Selangor sedia 15 kawah dodol di Semenyih

10 Mei 2022, 4:10 AM
200 sukarelawan Team Selangor sedia 15 kawah dodol di Semenyih

SHAH ALAM, 10 MEI: Seramai 200 sukarelawan Team Selangor terlibat dalam penyediaan 15 kawah dodol menerusi program Dodol Vaganza 4.0 di Semenyih bulan lalu.

Agens berkata program itu dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MPKj Zon 20 dan Skuad Zon 20.

"Program ini melibatkan sukarelawan di sekitar Semenyih.

"Sebanyak 200 sukarelawan daripada pelbagai kaum telah bersama-sama menyediakan 15 kawah dodol," tulisnya di Facebook.

Tambahnya, program itu bukan sahaja menyemarak semangat kesukarelawan, bahkan mengeratkan hubungan di antara komuniti dan pemimpin tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619