AGENDA

Liga Premier: Selangor 2, Kelantan United kongsi mata

10 Mei 2022, 1:37 AM
Liga Premier: Selangor 2, Kelantan United kongsi mata

SHAH ALAM, 10 MEI: Selangor FC 2 gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila hanya seri 1-1 kepada Kelantan United FC, pada perlawanan Liga Premier di Stadium UiTM, malam tadi.

Babak pertama bermula dengan tuan rumah berjaya menguasai perlawanan dengan gol pertama dihasilkan seawal minit kelapan, hasil sepakan kencang dari Abdul Rahman Daud.

Tersentak dengan situasi itu, skuad Kijang Hijau bangkit memulakan beberapa serangan namun gagal menebus gawang tuan rumah.

Masuk babak kedua, skuad kendalian ketua jurulatih Syamsul Mohd Saad terus memulakan asakan ke arah pintu gol Selangor 2, bagi menutup margin kekalahan.

Aksi perlawanan sedikit tercalar apabila pemain tengah tuan rumah Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi dilayang kad merah, selepas pengadil perlawanan memberinya kad kuning kedua kerana membantah keputusan pengadil pada minit 64.

Bermain dengan 10 pemain, kubu Selangor 2 terus diasak Kelantan United dengan beberapa percubaan berbahaya.

Peluang terhidang buat Kelantan United pada minit ke-78 apabila tandukan kemas dilakukan Muhammad Aliff Najmi Shaaini, bagi menyamakan kedudukan dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619