AGENDA

Op Selamat: Cuai, guna telefon ketika memandu antara punca kemalangan

10 Mei 2022, 1:31 AM
Op Selamat: Cuai, guna telefon ketika memandu antara punca kemalangan

SHAH ALAM, 10 MEI: Kecuaian dan tidak fokus terhadap pemanduan antara punca utama kemalangan yang direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 antara 29 April hingga 8 Mei lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, pemandu juga dikesan kerap menggunakan telefon tanpa alat bebas tangan sekali gus mengundang bahaya, lapor Sinar Harian.

"Peraturan jalan raya telah ditetapkan, menjadi tanggungjawab pengguna untuk sentiasa mematuhinya.

"Jangan kita bersikap sambil lewa sehingga mengabaikan aspek pemanduan berhemah dan mengakibatkan kemalangan berlaku," kata Superintendan Azman Shariat.

Sebanyak 1,411 kes dicatatkan pada hari terakhir Op Selamat 18 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kemalangan sebanyak 15,947 kes.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,343 kes diikuti Johor (2,297), Perak (1,582), Kuala Lumpur (1,370) Pulau Pinang (1,310).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619