ADN

Jualan barang terpakai, rumah terbuka antara fokus DUN Bukit Gasing bulan ini

10 Mei 2022, 12:35 AM
Jualan barang terpakai, rumah terbuka antara fokus DUN Bukit Gasing bulan ini
Jualan barang terpakai, rumah terbuka antara fokus DUN Bukit Gasing bulan ini

SHAH ALAM, 10 MEI: Sebanyak sembilan aktiviti akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing bagi manfaat warganya sepanjang bulan ini.

Ahli Dewan Negerinya, R Rajiv memaklumkan aktiviti itu bermula sejak kelmarin dengan sambutan Hari Ibu di Pasar Sentosa Seksyen 17.

"Saya dengan rendah hati ingin berkongsi dengan anda kalendar kami untuk bulan Mei. Sekarang semua orang sudah kembali daripada cuti Aidilfitri dan ini masanya untuk bekerja semula.

"Anda boleh pergi ke program dan bengkel seperti yang dinyatakan. Sebarang pertanyaan boleh emel ke help@bukitgasing.my," katanya di Facebook.

Berdasarkan kalendar aktiviti yang dikongsi di Facebook, antara program yang akan dijalankan adalah jualan barangan terpakai, kelas telefon pintar dan Rumah Terbuka Aidilfitri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619