AGENDA

Pemandu kereta ditahan halang tugas polis iring orang kenamaan

9 Mei 2022, 3:31 PM
Pemandu kereta ditahan halang tugas polis iring orang kenamaan

SHAH ALAM, 9 MEI: Seorang lelaki ditahan kerana didapati menghalang tugas penjawat awam yang mengiringi orang kenamaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata suspek berusia 36 tahun didapati memandu secara gopoh dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa tugas mengiringi orang kenamaan melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, Kuala Lumpur.

"Susulan itu, polis menahan suspek berusia 36 tahun pada jam 1 tengah hari kerana disyaki terbabit dalam kes itu sebelum direman empat hari bermula semalam hingga 11 Mei ini," katanya dalam kenyataan.

Katanya suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya) dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan (memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619