AGENDA

Potong barisan, pandu lebih had laju antara kesalahan tertinggi di Johor

8 Mei 2022, 11:40 PM
Potong barisan, pandu lebih had laju antara kesalahan tertinggi di Johor

JOHOR BAHRU, 9 MEI: Memotong barisan dan memandu kenderaan melebihi had kelajuan merupakan antara kesalahan tertinggi yang direkodkan di Johor sepanjang sembilan hari Op Selamat dijalankan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor DSP Khairul Azhar Ismail berkata sebanyak 23,434 saman bagi kesalahan memandu melebihi had kelajuan dan 1,432 saman kerana memotong barisan telah dikeluarkan setakat Sabtu.

Beliau berkata sebanyak 677 saman turut dikeluarkan bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan 307 saman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Bagi kesalahan memotong di garisan putih berkembar, sebanyak 304 saman dikeluarkan manakala bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan pula hanya lima saman dikeluarkan setakat ini.

“Kesemua saman dikeluarkan sejak Op Selamat dimulakan dari 29 April hingga semalam dan akan ada statistik keseluruhan setelah Op Selamat tamat pada hari ini,” katanya kepada pemberita di Plaza Tol Skudai semalam.

Khairul Azhar juga berkata sebanyak 2,110 kes kemalangan direkodkan di Johor dengan 18 daripadanya merupakan kemalangan maut.

“Daripada 18 kes itu, 14 melibatkan penunggang motosikal manakala empat lagi pemandu dan penumpang kereta.

“Terdapat juga 21 kes melibatkan kecederaan parah dan 26 kes cedera ringan serta 2,045 kes bagi kerosakan kenderaan,” katanya sambil menambah kebanyakan kemalangan berlaku di kawasan jalan raya antara daerah.

Beliau berkata aliran trafik hari ini dilihat masih terkawal dan hanya beberapa kawasan mengalami aliran trafik perlahan.

Terdahulu, Tinjauan Bernama mendapati aliran trafik di beberapa lebuh raya setakat petang tadi tidak sesak dan lancar.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619