AGENDA

EXCO: Parkir digital terima maklum balas positif, mudahkan urusan pengguna

8 Mei 2022, 10:32 AM
EXCO: Parkir digital terima maklum balas positif, mudahkan urusan pengguna

SUBANG JAYA, 8 MEI: Kerajaan Negeri menerima maklum balas positif penggunaan e-kupon bagi bayaran parkir kereta di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

EXCO kerajaan tempatan berkata selepas sebulan dikuat kuasa, semua pihak menyambut baik kaedah pembayaran menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) berbanding kaedah kupon parkir gores.

“Hanya satu peratus sahaja rungutan pada awal pelaksanaanya tetapi ia ditangani dengan baik yang mana kupon parkir gores dibeli pengguna sebelum ini dapat ditukar kepada e-kupon.

“Penggunaan e-kupon mudahkan pengguna. Setakat ini, kita dimaklumkan lebih 57,000 kupon parkir gores ditukar kepada e-kupon dengan transaksi hampir RM40,000,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Puchong Community Art Festival 2022 di Taman Rekreasi Wawasan Puchong di sini, hari ini.

Berkuat kuasa 1 April, bayaran parkir kereta seluruh PBT di Selangor menggunakan sistem e-kupon sepenuhnya.

Justeru orang ramai digalak memuat turun aplikasi SSP di Google Playstore, AppStore atau Huawei Store bagi memudahkan urusan pembayaran.

Pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit mulai 26 Mac.

Inisiatif itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan pengguna yang berdepan kerugian berikutan penguatkuasaan sistem berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619