AGENDA

Dikendong dari Perak-Kuala Lumpur, polis bantu hantar kanak-kanak pulang rumah

8 Mei 2022, 10:20 AM
Dikendong dari Perak-Kuala Lumpur, polis bantu hantar kanak-kanak pulang rumah
Dikendong dari Perak-Kuala Lumpur, polis bantu hantar kanak-kanak pulang rumah

SHAH ALAM, 8 MEI: Tindakan seorang bapa menunggang motosikal sambil mengendong anaknya dari Batu Gajah, Perak ke Kuala Lumpur mendapat perhatian polis yang membantu menghantar kanak-kanak itu pulang ke rumah.

[caption id="attachment_520059" align="alignleft" width="301"] Seorang bapa menunggang motosikal sambil mengendong anaknya dari Batu Gajah, Perak ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Utara Selatan pada 7 Mei 2022. Foto Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman[/caption]

Jabatan Siasatan Trafik dan Pengangkutan Trafik Bukit Aman menerusi Facebook memaklumkan pihaknya menyedari seorang lelaki mengendong anak-kanak dengan ikatan kain pelikat ketika menjalankan Op Selamat 18.

Katanya kejadian itu berlaku di KM 435.1 (arah selatan) berdekatan Rawang sekitar jam 4 petang.

"Semakan mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur sembilan tahun. Mereka ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah, Perak.

"Tindakan yang dilakukan ini boleh mendatangkan risiko bahaya dan atas faktor keselamatan, peronda bertugas menghubungi pegawai turus lebuh raya zon tengah A bagi membawa dan menghantar kanak-kanak tersebut sambil diiringi ayahnya ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur," maklumnya.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya lebih peka dengan soal keselamatan dan berhati-hati semasa pemanduan ketika musim perayaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619