BERITA UTAMA

Rancangan Selangor Satu bangunkan ekonomi rakyat, dibentang Julai

8 Mei 2022, 12:30 AM
Rancangan Selangor Satu bangunkan ekonomi rakyat, dibentang Julai

SHAH ALAM, 8 MEI: Rancangan Selangor Satu dirangka bagi menjayakan agenda sosioekonomi rakyat berasaskan kerajaan penyayang yang berkesan dan berwibawa, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pelan komprehensif lima tahun itu penting berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri menangani pandemik yang menjejaskan pelbagai sektor.

“Pandemik ini memaksa kita memikir dan melihat semula kesenjangan ekonomi dan kesannya terhadap golongan kurang mampu.

"Insya-Allah, Rancangan Selangor Satu akan dibentang di Dewan Negeri Selangor pada sidang Julai ini,” katanya berucap di majlis pelancaran Gagasan #kitasemuaKEADILAN di sini semalam.

Selain itu, Amirudin berkata pelbagai program berteras kebajikan rakyat juga rancak dijalankan selain pengenalan program Bantuan Keluarga Sejahtera Selangor (Bingkas) yang menyediakan bantuan RM300 sebulan.

Beliau menambah inisiatif Iltizam Selangor Sihat dan Saringan Selangor Sihat pula membantu rakyat untuk membuat saringan kesihatan bagi penyakit kritikal secara percuma.

"Saya akan memulakan Jelajah Selangor Penyayang pada Jun ini merentasi daerah-daerah bagi bertemu rakyat Selangor, merasmikan program baru ini serta menyampaikan bantuan bagi para penerima," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619