ADN

Wakil rakyat anjur rumah terbuka, pelawa penduduk meriahkan acara

7 Mei 2022, 2:00 AM
Wakil rakyat anjur rumah terbuka, pelawa penduduk meriahkan acara

SHAH ALAM, 7 MEI: Wakil rakyat Selangor bakal menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri kepada penduduk kawasan mereka.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras berkata majlis itu akan diadakan pada minggu ketiga Syawal di pekarangan pusat khidmatnya.

"Kita jangka tahun ini lebih meriah daripada biasa, sasaran hampir 7,000 pengunjung hadir memandangkan sudah dua tahun DUN (Dewan Undangan Negeri) Paya Jaras tidak anjurkan rumah terbuka.

"Kita mengalu-alukan penduduk sekitar untuk bersama memeriahkan acara itu nanti kerana pelbagai jenis juadah akan disediakan," kata Mohd Khairuddin Othman.

Manakala, ADN Permatang Rozana Zainal Abidin tidak melepaskan peluang untuk meraikan pengundinya dengan menganjurkan rumah terbuka pada 15 Mei nanti.

Menurutnya, acara itu dijangka diadakan pada jam 10 pagi hingga 2 petang di pekarangan pusat khidmatnya dengan sasaran lebih 3,000 pengunjung.

"Tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah hari raya antaranya sate, kambing bakar, mee kuali besar, soto, lemang, nasi impit yang disediakan sendiri oleh ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

"Justeru, saya mengajak semua penduduk DUN Permatang hadir dan mengambil peluang untuk bertemu, bermaaf-maafan dan mengeratkan kembali silaturahim sesama kita," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619