AGENDA

KKM tidak pernah memperakukan produk ganti ubat rawat diabetes

6 Mei 2022, 1:51 PM
KKM tidak pernah memperakukan produk ganti ubat rawat diabetes

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

Perkara itu dimaklumkan KKM dalam kenyataan menerusi laman Facebook hari ini bagi menjelaskan tindakan laman Facebook Ainalienshop-TW yang cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan gambar yang telah diubah suai, memaparkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berserta kapsyen ‘blood sugar returns to normal’ (paras gula dalam darah kembali normal).

“KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

“Kementerian juga sekali lagi ingin menegaskan kepada para pengusaha atau pemilik produk untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan serta mengelirukan orang ramai,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter beliau malam ini berkata perkara itu adalah satu lagi berita palsu disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk kepentingan perniagaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619