AGENSI

KPDNHEP Selangor kompaun peniaga gagal pamer tanda harga

6 Mei 2022, 12:07 AM
KPDNHEP Selangor kompaun peniaga gagal pamer tanda harga

SHAH ALAM, 6 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Gombak mengeluarkan kompaun terhadap seorang peniaga kerana gagal mempamerkan tanda harga.

KPDNHEP Selangor memaklumkan pemeriksaan menerusi Ops Pantau serta pemeriksaan Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa 2022 dilakukan di pasar awam Fama Selayang Baru, semalam.

"Peniaga ini gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan dan kita mengenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Justeru, KPDNHEP Selangor menegaskan kepada semua peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ketika musim perayaan.

"Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619