AGENDA

Op Selamat: Negeri Sembilan rekod 479 kes kemalangan dalam tempoh enam hari

5 Mei 2022, 2:30 PM
Op Selamat: Negeri Sembilan rekod 479 kes kemalangan dalam tempoh enam hari

SEREMBAN, 5 MEI: Negeri Sembilan merekodkan 479 kes kemalangan termasuk enam kemalangan maut membabitkan tujuh kematian menerusi Op Selamat 18/2022 sempena Aidilfitri sejak Jumaat lepas hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Superintenden Shafiei Muhammad berkata jumlah itu menyaksikan penurunan berbanding Op Selamat 15/2019 iaitu 500 kes dengan lapan kemalangan maut melibatkan sembilan kematian dalam tempoh enam hari.

"Bagaimanapun, jumlah kemalangan yang berlaku di jalan persekutuan dan jalan bandaran menunjukkan peningkatan iaitu bagi Op Selamat 18, sebanyak 297 kes manakala Op Selamat 15 merekodkan 195 kes bagi kedua-dua jalan terbabit,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepanjang enam hari Op Selamat 18 dilaksanakan, sebanyak 5,127 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dengan 28 tangkapan dibuat dalam tempoh itu.

Shafiei turut menasihati orang ramai yang akan memulakan perjalanan pulang atau menyambut perayaan supaya berwaspada ketika di jalan raya dengan mementingkan keselamatan diri dan keluarga.

“Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat supaya selamat sampai ke destinasi. Bagi mereka yang ingin pulang ke rumah dan tempat bekerja, rancang waktu perjalanan supaya bergerak lancar dan tidak terlibat dalam kesesakan lalu lintas,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619