AGENDA

2,600 guru kontrak perkhidmatan dijangka dilanjut dua tahun

5 Mei 2022, 6:02 AM
2,600 guru kontrak perkhidmatan dijangka dilanjut dua tahun

KOTA BHARU, 5 MEI: Nasib 2,600 guru kontrak perkhidmatan (COS) ambilan Jun 2020 bakal terbela apabila kontrak mereka dijangka disambung selama dua tahun.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bagaimanapun berkata perincian mengenai berita menggembirakan itu akan diumumkan dalam masa terdekat sejurus perbincangan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selesai.

"Berkaitan dgn COS kita lihat ramai bangkitkan mengenai isu ini dan ramai yang telah menyampaikan masalah ini kepada kementerian.

"Oleh itu, isu ini sedang dalam proses untuk diambil tindakan sewajarnya berdasarkan peraturan dan tatacara sedia ada. Ingin saya jelaskan kerana ada yang kata tidak dapat gaji bulan lima itu tidak benar, kerana kami akan pastikan kebajikan guru-guru terpelihara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya dekat Ketereh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata pihaknya sentiasa berbincang mengenai pendekatan terbaik yang boleh dilakukan kepada guru kontrak perkhidmatan itu.

Semalam, menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitter miliknya, Radzi memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan supaya isu guru COS ambilan Jun 2020 yang akan tamat kontrak pada Jun depan, diberi perhatian dan diselesaikan segera.

Beliau berkata KPM dan SPP sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.

Dalam perkembangan lain, Radzi berkata pihaknya akan perincikan satu persatu serta tindakan yang boleh diambil mengenai isu guru bersara awal.

"Kami sedang kaji secara mendalam dengan mengambil kira data dari tahun 2017 kerana mana-mana perkhidmatan lain juga akan ada yang mengambil ketetapan untuk bersara awal bukan guru sahaja yang bersara awal kerana ia adalah pilihan masing-masing," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619