AGENDA

Selangor rekod 1,943 kemalangan sepanjang Op Selamat

4 Mei 2022, 10:55 AM
Selangor rekod 1,943 kemalangan sepanjang Op Selamat

SHAH ALAM, 4 MEI: Selangor mencatatkan 1,943 kes kemalangan sepanjang Op Selamat, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor.

Menurut Superintendan Azman Shariat, daripada jumlah itu sebanyak 293 kes kemalangan direkodkan semalam.

"Sebanyak 11 kes kemalangan maut direkodkan dan harapan kita pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan sekaligus dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya," katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, keadaan trafik terutama di kawasan bandar adalah lancar, namun pemantauan diteruskan khususnya di Kuala Selangor yang mencatatkan jumlah kenderaan yang tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619