AGENDA

Trafik lancar di lebuh raya utama pada raya ketiga

4 Mei 2022, 3:10 AM
Trafik lancar di lebuh raya utama pada raya ketiga

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal berikutan jumlah kenderaan berkurangan pada hari ketiga sambutan Aidilfitri, hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan trafik masih lancar di kedua-dua arah di sepanjang lebuh raya bagi sektor utara, selatan dan timur termasuk lokasi-lokasi di sekitar plaza tol setakat 10 pagi.

Selain itu, trafik juga dilaporkan lancar di Tambak Johor di kedua-dua arah laluan Malaysia-Singapura.

LLM turut menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti perayaan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619