AGENDA

MySejahtera dilengkapi ciri baharu kesan lokasi penyakit berjangkit

3 Mei 2022, 10:31 AM
MySejahtera dilengkapi ciri baharu kesan lokasi penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Aplikasi MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain Covid-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi.

"Update terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Beliau turut berkongsi dua tangkap layar kemas kini aplikasi berkenaan.

Sebelum ini Khairy memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes Covid-19 akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker.

Beliau berkata kawasan berkenaan akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit.

Sementara itu Khairy menasihati orang ramai agar terus menggunakan pelitup muka apabila berada di tempat tertutup atau sesak.

"Saya harap sambutan Aidilfitri anda ceria pada r aya kedua. Terus pakai pelitup muka di kawasan tertutup dan/atau sesak. Jika bergejala buat ujian kendiri & lapor di @my_sejahtera," katanya.

- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619