AGENDA

Dua loji dihenti tugas akibat pencemaran, 472 kawasan alami gangguan air

3 Mei 2022, 6:16 AM
Dua loji dihenti tugas akibat pencemaran, 472 kawasan alami gangguan air

SHAH ALAM, 3 MEI: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas sementara pagi tadi berikutan pencemaran bau di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Susulan itu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 3 petang, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Wilayah terlibat ialah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

"Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan kepada premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan

"Pengguna dikawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan," kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Perkembangan semasa dimaklumkan di semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Instagram dan Twitter, hubungi pusat perhubungan di talian 15300 atau rujuk www.airselangor.com.

Senarai lengkap kawasan yang terjejas dimuatkan di Facebook Air Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619