AGENSI

MB anjur jamuan raya skala kecil, rai wakil rakyat dan ketua jabatan

3 Mei 2022, 4:06 AM
MB anjur jamuan raya skala kecil, rai wakil rakyat dan ketua jabatan
MB anjur jamuan raya skala kecil, rai wakil rakyat dan ketua jabatan

SHAH ALAM, 3 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan jamuan kecil sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya dekat Seksyen 7 di sini hari ini.

Acara bermula 9 pagi itu bagi meraikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), wakil rakyat dan ketua jabatan agensi selepas tidak berpeluang berbuat demikian semalam.

“Majlis ini dirancang pada hari pertama raya tetapi memandangkan Aidilfitri diisytihar sehari lebih awal, jadi kita langsungkan pada pagi 2 Syawal.

“Saya sangat gembira dapat bersama dengan rakan taulan dan sahabat pada pagi berbahagia ini. Terima kasih kepada semua yang hadir,” katanya ketika ditemui.

[caption id="attachment_519594" align="aligncenter" width="725"] Orang ramai menikmati hidangan yang disediakan dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Aneka juadah disediakan antaranya ketupat, lemang, sate, nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, roti canai dan ais batu campur.

Antara jemputan yang hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Turut kelihatan Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Datuk Mahmud Abbas, Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan Amirul Azizan yang mendedangkan lagu raya bertajuk Salam Aidilfitri atas permintaan Dato' Menteri Besar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619