AGENDA

Rumah terbakar, kanak-kanak OKU rentung dalam bilik tidur

30 Apr 2022, 3:35 PM
Rumah terbakar, kanak-kanak OKU rentung dalam bilik tidur

SARATOK, 30 APRIL: Seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata mayat Aleesya Mad Ali ditemukan dalam salah sebuah bilik di rumah terbabit.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran tersebut pada jam 8.18 malam tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal dan telah terbakar 100 peratus. Dimaklumkan terdapat seorang mangsa kanak-kanak perempuan OKU berusia 12 tahun, ditemui (rentung) di dalam bilik tidur.

“Operasi terkawal pada jam 8.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619