AGENDA

Semua aktiviti sukan dibenar tanpa had, status vaksinasi mulai esok

30 Apr 2022, 12:20 PM
Semua aktiviti sukan dibenar tanpa had, status vaksinasi mulai esok

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menerusi siaran media soalan lazim Fasa Peralihan ke Endemik.

Menurut KBS, aktiviti berkumpulan seperti senamrobik, zumba, latihan taekwondo dan seumpamanya juga dibenarkan tanpa sebarang had atau kapasiti penyertaan.

Kehadiran penonton dan penyokong ke venue sukan dan rekreasi turut dibenarkan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang, yang bermakna tiada penjarakan fizikal diperlukan namun digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

Pemakaian pelitup muka juga dikecualikan di kawasan terbuka dan ketika melakukan aktiviti sukan di dalam kawasan tertutup. Bagaimanapun, ia diwajibkan ketika tidak melakukan sebarang aktiviti bersukan di kawasan tertutup.

Menurut KBS, imbasan kod QR MySejahtera juga tidak diwajibkan ketika memasuki premis atau venue sukan dan rekreasi manakala premis pula dibenarkan beroperasi tanpa had masa mengikut syarat lesen atau permit.

Bagaimanapun, pihak pengurusan premis perlu menyemak status risiko pelanggan mereka di dalam aplikasi itu, dengan individu berstatus risiko tinggi iaitu kes positif Covid-19 dan individu yang diberikan arahan pengasingan di rumah (HSO) tidak dibenarkan memasuki premis atau venue sukan dan rekreasi.

Penganjuran kejohanan, pertandingan serta acara sukan dan rekreasi di peringkat domestik dan antarabangsa juga dibenarkan tetapi perlu kebenaran Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) kecuali bagi acara berskala kecil melibatkan peringkat komuniti.

Garis panduan permohonan penganjuran boleh diakses di laman sesawang https://pps.kbs.gov.my/my, manakala permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://erosa.kbs.gov.my/ks_user/login.php.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619