ADN

450 warga DUN Sungai Tua terima baucar beli-belah Aidilfitri RM100

29 Apr 2022, 12:40 PM
450 warga DUN Sungai Tua terima baucar beli-belah Aidilfitri RM100

GOMBAK, 29 APRIL: Sebanyak 450 baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Setiusaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar Rahim Ahmad Kasdi berkata baucar berkenaan bernilai RM100 boleh ditebus di Pasaraya Sri Ternak, dekat sini.

“Agihan kupon dibuat dua minggu lalu. Kita utamakan B40, ibu tunggal serta orang kelainan upaya dan mereka ini bukan ahli Kasih Ibu Smart Selangor dan Skim Mesra Usia Emas.

"Kita mahu semua rakyat mendapat manfaat bantuan Kerajaan Negeri,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada 500 penerima di Dewan Beringin Sri Gombak di sini hari ini..

Kerajaan Selangor memperuntuk sejumlah RM3.34 juta tahun ini untuk agihan baucar beli-belah sempena Aidilfitri yang memanfaatkan 33,400 ketua isi rumah B40.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan kurang mampu sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619