PBT

MBSA kutip lebih dua tan lebihan makanan sepanjang Ramadan

28 Apr 2022, 8:20 AM
MBSA kutip lebih dua tan lebihan makanan sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 28 APRIL: Sebanyak 2,294.4 kilogram (kg) lebihan makanan bazar Ramadan dikutip Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dari 4 hingga 21 April lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata jumlah itu termasuk makanan sebanyak 1,268.9kg manakala minuman 1,025.5kg daripada tiga bazar di Seksyen 19, Sri Muda Seksyen 25 dan Subang Bestari Seksyen U5.

"Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA dengan kerjasama WWF-Malaysia, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia, Briged Sukarelawan UiTM serta Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam menjalankan Program MBSA MySave Food @ Bazar Ramadhan.

"Tujuan program ini dijalankan bagi mengelak pembaziran makanan sekali gus mengurangkan sisa makanan yang dihantar terus ke tapak pelupusan," katanya di Facebook.

Pada 18 April lalu, MBSA berkata pihaknya berjaya menyelamatkan 1,898.8 kg lebihan makanan di tiga bazar terbabit daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Tambahnya, lebihan makanan yang tidak habis dijual oleh peniaga bazar akan dikumpul setiap hari dan diagihkan secara percuma ke beberapa lokasi menerusi program MBSA MYsave Food @ Bazar Ramadan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619