AGENDA

Pelitup muka wajib di ruang tertutup sekolah, tiada lagi penjarakan fizikal

28 Apr 2022, 8:04 AM
Pelitup muka wajib di ruang tertutup sekolah, tiada lagi penjarakan fizikal

SHAH ALAM, 28 APRIL: Pemakaian pelitup muka di ruang tertutup dalam kawasan sekolah kekal diwajibkan, kata menteri kanan pendidikan.

Datuk Dr Radzi Jidin berkata bagaimanapun kelonggaran tidak memakainya dibenarkan jika bersendirian.

“Kelonggaran membabitkan pemakaian pelitup muka juga kepada guru semasa mengajar di hadapan kelas dan semasa aktiviti sukan serta rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani.

“Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah, individu keperluan khas dan yang mempunyai masalah pernafasan,” katanya.

Radzi berkata mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan tidak digalak memakai pelitup muka perlu mengemukakan laporan perubatan.

Selain itu katanya penjarakan fizikal juga tidak ada lagi selepas ini susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.

"Selepas pengumuman KKM, kita membuat ketetapan bahawa tiada lagi penjarakan fizikal di dalam kelas dan sekolah, namun ia digalakkan dalam keadaan warga serta murid sekolah tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619