AGENDA

Keroncong hiburkan penonton, Senandung Aidilfitri angkat identiti Selangor

28 Apr 2022, 2:00 AM
Keroncong hiburkan penonton, Senandung Aidilfitri angkat identiti Selangor

SHAH ALAM, 28 APRIL: Persembahan keroncong antara slot yang bakal menghiburkan penonton menerusi program Senandung Aidilfitri yang disiarkan pada hari kedua Syawal, jam 9 malam.

EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata alunan tradisional itu akan dinyanyikan Puteri Keroncong Jamilah Abu Bakar, sebagai salah satu produk budaya negeri.

"Seperti kita sedia maklum, keroncong juga merupakan identiti Selangor yang harus dimartabatkan keseniannya," katanya dalam Borak Santai bertajuk Senandung Aidilfitri Kembali! di YouTube SelangorTV baru-baru ini.

Rancangan Senandung Aidilfitri tahun ini bakal menampilkan nyanyian daripada artis terkenal antaranya Ziana Zain, Sissy Imann, Elyana Emrizal dan Haziq Rosebi.

Manakala slot sketsa pula dimeriahkan oleh pelakon dan pengacara Raja Azura, Bell Ngasri dan Azlee Senario.

Disiar di portal selangortv.my dan Facebook Media Selangor, Senandung Aidilfitri pertama kali disiarkan tahun lalu ketika larangan balik kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619