AGENDA

Jangkitan harian naik paras 3,000 kes, kategori serius 30 kes

27 Apr 2022, 3:13 AM
Jangkitan harian naik paras 3,000 kes, kategori serius 30 kes

SHAH ALAM, 27 APRIL:  Jumlah jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 3,361 kes semalam berbanding 2,478 kes hari sebelumnya, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes serius kategori tiga, empat dan lima kekal rendah iaitu hanya 30 kes atau 0.89 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) 3,331 kes atau 99.11 peratus.

"Daripada 30 kes dalam kalangan kategori tiga hingga lima, sebanyak 17 membabitkan individu mempunyai komorbid, berusia 60 tahun dan ke atas (16 kes), tidak divaksin atau belum lengkap vaksin (14 kes) dan sudah menerima dua dos vaksin namun tiada dos penggalak (10 kes).

Dr Noor Hisham berkata pertambahan kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 4,436,912 kes dengan 61,871 kes masih aktif.

“Selain itu, sebanyak 9,484 kes kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 4,339,521 kes,” katanya.

Beliau berkata tiada kluster baharu dikesan semalam namun masih terdapat 92 kluster aktif direkodkan di negara ini.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 1,256 kes (37.37 peratus)

• Kategori 2: 2,075 kes (61.74 peratus)

• Kategori 3: 11 kes (0.33 peratus)

• Kategori 4: 4 kes (0.11 peratus)

• Kategori 5: 15 kes (0.45 peratus)

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619