AGENSI

OUM Shah Alam agih keperluan raya buat penduduk susah

25 Apr 2022, 6:25 AM
OUM Shah Alam agih keperluan raya buat penduduk susah

SHAH ALAM, 25 APRIL: Kakitangan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Shah Alam mengagihkan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk sekitar Jalan Kebun di sini yang kurang berkemampuan.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook semalam, bantuan diberikan baru-baru ini diserahkan kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan mereka yang uzur.

"Sumbangan ini sebagai tanda prihatin OUM kepada mereka yang memerlukan dan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Semoga ini menjadi permulaan yang baik untuk semua. Diharapkan pada masa hadapan ia dapat diperluas dan OUM berupaya membantu lebih ramai lagi," katanya.

Universiti itu menambah sumbangan diagihkan bagi semua perayaan yang diraikan masyarakat Malaysia.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619