AGENSI

437kg lebihan makanan di bazar Ramadan diagih kepada golongan memerlukan

24 Apr 2022, 12:51 PM
437kg lebihan makanan di bazar Ramadan diagih kepada golongan memerlukan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Sebanyak 134 kilogram (kg) makanan dan 303 kg minuman yang tidak habis dijual di bazar Ramadan berjaya diselamatkan menerusi projek MYSaveFood.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman berkata makanan dan minuman lebihan itu kemudiannya diagih kepada golongan memerlukan (B40) serta di surau dan masjid.

"Program ini anjuran secara bersama dengan Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia berlangsung selama 14 hari dan berakhir semalam diadakan di Bazar Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.

"Tujuannya bagi menyuntik kesedaran kepada peniaga bazar bagi mengelak pembaziran makanan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata makanan yang diambil dari peniaga berkenaan diserahkan kepada golongan sasaran pada hari yang sama.

"Kita ambil sekitar 7 malam iaitu waktu masing-masing mula berkemas dan kebiasaannya selepas berbuka baru diedarkan kepada mereka," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619